Saturday, May 9, 2009

politik yg makin celaru..

sambil jln2 kat negeri org ni..sambil tu aku usha cerita2 org kat kedai kopi,rata2 agak terkejut dgn apa yg berlaku di perak...bagai mana cara mereka 'meraikan' kejayaan mereka di dewan yg mulia itu dpt kita lihat di media2 perdana...so pandai2 la kita menilai sesuatu peristiwa..setiap peristiwa yg berlaku ada hikmah di sebaliknya...kesan positif dan negetif sesuatu isu itu hendaklah di tafsir melalui kewarasan akal...itu je ulasan aku..aku dok tunggu2 Berita dari Negeri pantai timur,dgr cite ada berita menarik di sana...

salam

Tuesday, April 21, 2009

kita ada coach baru...

tahniah aku ucapkan kepada coach baru malaysia K.Rajagobal.Jangan jadi "kambing hitam" macam jurulatih-jurulatih malaysia dulu udah la yer....hehehehe

salam

Ada Berani..????

"....membazir duit Rakyat..."salah satu statement yg aku dgr sepanjang minggu lepas...geli aku dgr bila ada org ckp ayat membazir tu....mungkin puak-puak tu dah insaf dan memahami maksud "MEMBAZIR" tu...kita tgk apa yg berlaku lepas ni...adakah BN akan meletak calon mereka atau membiarkan calon bukan kerajaan menang tanpa beranding atau calon Bebas akan mengambil tempat sebagai pencabar utama kepada pembangkang???..hmmm...kita tunggu dan lihat...politik macam-macam bole berlaku....

salam..

Thursday, April 16, 2009

apa nak jadi....

terkejut betul bila aku tgk ada nama org melayu dalam organisasi dalam salah satu company arak negara kita ini.hmmm...ada diantaranya orang-orang dari golongan elit pun turut serta masuk dalam organisasi kilang arak ni.ape nk jadi orang melayu sekarang,bak kata bait lirik lagu Luka mana dari hujan "..Rezeki Haram Menjilat jari.."......

sedih aku tengok senario ini...

salam..

PRK Penanti comfirm...

YB Fairus sah meletak jawatan sebagai ADUN di Penanti.ada gak bunyi-bunyi kat tv tadi pasal wang rakyat....mmg cukup menggelikan hati aku pasal sejak bila dieorg perihatin pasal wang rakyat ni.kalu tak main sebat jer mana yg sempat.macam-macam org politik ini.bagi aku,wang rakyat musti di kembalikan kepada rakyat.yg hak tetap hak.pilihanraya itu juga hak rakyat.tak payah le nak fikir pasal membazir wang rakyat.selama ni pun korang bukan ambik "port" pun pasal wang rakyat ni...so kita tunggu la pilihan raya itu nanti.pilihanraya ini mmg menarik perhatian aku kerana

  1. majoriti pengundi disini adalah melayu .kalau betul la telahan DS Khir Toyo mengatakan org melayu sudah beralih kepada UMNO,jadi ini la medan pembuktian terhadap statement dalam blog beliau
Melayu...62.9%
Cina.....33.2%
India.....2.8%

(cedok dari blog kelab greenboc)

2. ADUN Penanti di bawah parlimen Permatang Pauh.
3. Isu yg di bangkit kan oleh kedua-dua pihak (pembangkang dan kerajaan persekutuan)


jadi kita tunggu dan lihat ape yg berlaku...

salam

Tuesday, April 14, 2009

Bikin PANAS lagi FAM..

salam..

hari ini FAM telah menunjukkan sikap tidak diplomasi terhadap kritikan yg di lakukan terhadap orang-orang dalam bola sepak.nampaknya FAM tidak sedar ape kesilapan yg di lakukan selama ini.nampak sgt FAM tak ambik iktibar atas apa yg terjadi...bermula dari kekalahan malaysia terhadap Loas sampai la kena belasah masa kelayakkan piala dunia.

kalu camni la,berkubur jer la niat kita nk tgk malaysia champion AFF cup...tu baru competion region kita jer.jadi tolong la ambik iktibar dgn apa yg berlaku.jgn la tunjuk sikap ego korang di tambah keputusan tak konsisten yang akan membogelkan kelemahan FAM itu sendiri...sape yg malu?????????...

sampai sini je..

Parti baru??

salam..

"satu parti baru akan muncul berdasarkan senario politik sekarang...." secebis ayat pada aku menarik untuk di ikuti atau "follow up"..sape pula ahli dalam parti tu yer???..hmmmm...kita tunggu jer pe yg berlaku selepas ini...sampai sini jer...

salam...